السلام عليكم ورحمته وبركاته
Anda pasti meminati pelbagai filem bukan??? Tidak kisahlah filem tempatan, Hollywood, Bollywood dan Oriental pasti menyelubungi minda anda. Filem aksi menjadi pujaan para kaum Adam dengan pelbagai stunt yang dilakukan. Namun, genre romantik pula terus mendodoi para peminat golongan Hawa dengan aksinya tersendiri.
Baiklah. Ayuh!!! Kita menyelami dunia seni perfileman tempatan dan antarabangsa!!! Mesti tersingkap pelbagai definisi yang tersembunyi ataupun yang terbuka.

Dunia perfileman tempatan dan antarabangsa saling menunjukkan taringnya yang tersendiri. Dalam industri perfileman tempatan kini, sudah hampir mencecah jutaan filem yang telah diterbitkan dalam genre masing - masing. Namun, semakin hari dunia perfileman tempatan umpama ingin mengikuti jejak langkah perfileman antarabangsa dengan menerbitkan lebih banyak filem yang bergenrekan aksi dan seram.

Kadang - kala penggunaan bahasa pasar dan kesat amat berleluasa dalam sesebuah filem terutamanya filem - filem aksi dan sudah menjadi tabiat kepada para belia dan remaja untuk mengikut pentas drama tersebut. Aksi membahaya yang dilakonkan oleh pelakon juga menjadikan remaja amat tertarik dan sering mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.



Sebagai misalnya, sebuah filem lakonan Will Smith iaitu 'The Pursuit of Happyness'
memberi kita pengajaran yang bermakna kepada kita. Filem ini berkisarkan pengorbanan seorang bapa (Will Smith) bekerja untuk memastikan kehidupan anaknya, Christopher bahagia. Walaupun hidup merempat, namun dengan usaha dan kegigihannya, dia telah berjaya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat.

Filem sebegini memberi banyak pengajaran yang tidak terhingga dan mempunyai makna tersirat. Selain itu, filem tempatan juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri, sebagaimana filem Papadom 2 hasil arahan Afdlin Shauki. Filem yang berkisarkan seorang bapa yang betul - betul ingin melihat anaknya berjaya dan bahagia. Walaupun caranya salah, tetapi filem sebegini banyak memberi kesedaran dan pengajaran yang bermakna buat kita.

0 comments:
Post a Comment