BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 15, 2014

GAZA BERDARAH

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia buat kesemua pembaca setia kelab Bimbingan dan Kerjaya SAMTTAJ Shah Alam. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Insya Allah.

Setiap janji Allah itu adalah pasti dan pasti berlaku. Firman Allah dalam surah Ali Imran:

                                              " كل نفس ذآءـقة موت"
                    Setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati.... 
 Ali Imran
Dalam beberapa bulan ini, pelbagai khabar berita tentang kematian telah dilaporkan melalui media massa. Sebulan yang lepas, Malaysia digegarkan dengan isu pesawat Malaysian Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine lalu mengorbankan ratusan nyawa. Namun begitu, pada hari ini, meja tulis Kelab BBK SAMT Tengku Ampuan Jemaah ingin berkongsi berkenaan dengan isu konflik Gaza - Israel yang telah lama hangat diserata dunia. Siapa tahu, hari ini, angka kematian rakyat Gaza sudahpun meningkat dari hari ke hari malah kanak - kanak antara mangsa rakusan tentera Zionis Israel Laknatullah turut menjadi mangsa keadaan. Beribu - ribu kanak - kanak dijadikan 'lauk - pauk' bagi mereka sehingga kami tidak sanggup untuk .
melafazkan kata - kata.

Disaat kita menyambut lebaran, mereka disana bermati - matian menjaga kesucian nama Islam. Disaat kita iftar dengan sajian yang menyelerakan, mereka hanya berlaukkan makanan yang sedikit. Disaat kita boleh mencium wajah ibu bapa kita disaat Aidil Fitri, mereka menangis kehilangan ayahanda dan bonda tercinta.

Cukuplah hari ini, kita mampu mengukirkan ketawa dengan hiburan - hiburan yang tidak membawa manfaat. Cukuplah hari ini, kita membeli produk - produk keluaran Israel dan Amerika Syarikat.
Cukuplah hari ini, kita taksub dengan dunia drama politik di Malaysia yang tiada kesudahan.
Cukuplah hari ini, kita menggelarkan Superman, Batman, Hulk atau sebagainya sebagai idola kita.
Cukuplah hari ini, kita terlalu taksub dengan Justin Bieber atau sebagainya.

APAKAH LANGKAH KITA UNTUK MENGHANCURKAN ZIONIS??




1. Boikot Al - Ulaa`= Solat Berjemaah di masjid - masjid dan surau

Ramai kita yang beragama Islam hari ini faham tentang konsep boikot - memboikot pada masa kini dan alhamdulillah masyarakat Malaysia masih mengambil cakna tentang isu konflik Israel yang semakin mengaum di bumi Palestin. Malah pada hari ini, penyumbang besar Israel iaitu McDonalds mencatatkan kautan keuntungan yang jatuh merudum selepas syarikat francais makanan segera itu diboikot. Bukan itu sahaja, malah keuntungan produk atau jenama keluaran negara haram Israel yang lain seperti Loreal, Nestle, Starbucks dan lain - lain juga makin berkurangan sejak akhir - akhir ini.

Namun begitu, hanya memboikot dengan mengadakan perhimpunan aman besar - besaran tidak dapat membantu 100 peratus dalam kronologi menghancurkan jentera serangan yahudi dan zionis.

Apakah dia??

Antara boikot yang perlu kita terapkan didalam diri seseorang Muslim adalah dengan solat berjemaah di masjid - masjid dan surau yang berdekatan. Hal ini demikian kerana bagi menjadi seorang Muslim yang taat dan kukuh imannya, solat berjemaah itu perlu dilaksanakan ataupun lebih afdhal ianya dilakukan di masjid - masjid yang berhampiran. Sesungguhnya Allah amat menggalakkan kita untuk mengagung - agungkan masjid. Jangan hanya dijadikan masjid itu sebagai tempat lawatan pelancong luar. Kadang - kala ianya amat menyedihkan disaat waktu Subuh dan waktu `Asar antara waktu yang paling kritikal di mana saf masjid hanyalah terbentang satu saf sahaja. Masya Allah. Moga Allah permudahkan laluan kita.
Tidak gunanya masjid tersergam indah namun, didalamnya kosong tanpa jemaah.

2. Boikot Ath - Thaniyy= Memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dan Israel Laknatullah.

Sudah semestinya aktiviti boikot memboikot produk keluaran Israel antara aktiviti yang patut dilakukan kita
sebagai langkah menghalang Israel 'menyuap' butir - butir peluru kedalam mulut anak - anak Gaza. Memboikot adalah satu cara dimana menyekat keuntungan produk yang diboikot dari disalurkan kedalam saham Zionis. Boleh dijadikan hampir 75% produk barangan yang dikeluarkan oleh negara haram tersebut dieksport kedalam negara kita.

Sebagai langkah yang baik, elakkan daripada membeli produk - produk sedemikian hatta sebesar zarah. Kerana hanya sebesar zarahpun, kita telah menyumbang sebutir peluru kedalam saham Israel. Masya Allah.

Namun, darsawarsa ini, umat Islam perlulah menggunakan langkah boikot produk keluaran mereka dengan cara yang baik dan tidak menggugat pekerja - pekerja yang juga berusaha keras mencari sesuap nasi. Islam tidak pernah mengajar kita untuk mencela mereka bahkan ianya sebuah perkara yang amat terkutuk didalam Islam. Ingatlah, boikot tetap boikot, tapi biarlah kena pada caranya.






3. Perang Internet

Perang internet antara langkah terbaik dalam memastikan kita sentiasa mengambil cakna tentang isu konflik antara dua buah pihak tersebut. Melalui internet yang semakin meluas ini, kita mudah mendapat liputan khas berkenaan tentang suasana yang terjadi di Palestin kini. 2 agensi bukan kerajaan iaitu Aman Palestin dan Aqsa Sharif antara badan NGO yang banyak membuat liputan berkenaannya.




Selain daripada langkah - langkah diatas, banyak lagi yang mampu diterapkan dalam meneruskan perjuangan membela nasib anak - anak dan rakyat Gaza.Perhimpunan secara aman antara dapat membantu kita sebagai umat Islam untuk terus bersolidariti menentang kerakusan Israel.




PENUTUP

Sebenarnya, memang banyak langkah yang boleh diterapkan untuk meneruskan perjuangan ini. Janganlah kita alpa, bahawa saudara seislam kita hari ini, melaung dan menangis demi menjaga nama Islam walaupun dihentam, diseksa malah gadis - gadis dirogol, diculik dan dijadikan sebagai permainan oleh tentera Zionis.

Adakah kau lupa??? Kita pernah berjaya..... itu antara lirik dari sebuah lagu iaitu Adakah kau lupa. Islam pernah menjadi juara di suatu saat dahulu. Sedarlah wahai Muslimin.

Jangan biarkan pekerjaanmu menghalang dirimu daripada mengambil tahu berkenaan saudara - saudaramu di Gaza sana.

Insya Allah. Teruskan bersolidariti demi saudara kita.