BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AKTIVITI

MESYUARAT AGUNG: PELANTIKAN AJK TERTINGGI


Tarikh: Januari 2013
Tempat: Musolla Ar Raudhah, SAMTTAJ
Masa: 3:30 petang

Pada awal tahun 2013, aktiviti utama bagi Kelab Bimbingan dan Kerjaya SAMTTAJ adalah Mesyuarat Agung bagi pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi. Jumlah ahli kelab BBK pada tahun adalah 45 orang dan itu adalah satu jumlah yang agak besar. Dalam tahun 2013, Saudara Muhammad Amirulnajmi bin Ahmad Yudian dari Tingkatan Lima Sabar telah dipilih sebagai Pengerusi bagi tahun 2013 menggantikan Saudara Muhammad Najmi bin Zamzam.

Berikut adalah senarai AJK Tertinggi Kelab Bimbingan dan Kerjaya bagi tahun 2013:

Pengerusi: Muhd. Amirulnajmi bin Ahmad Yudian
Naib Pengerusi: Nur Nazihah binti Baharun
Setiausaha: `Iffah Samihah binti Ismail
Naib Setiausaha: Siti Fatimah binti Mohd Nasir
Bendahari: Norazlin binti Noraffandi
Naib Bendahari: Anis Husna binti Abd Halim

AJK Tingkatan:

Ting 1: Wan Akmal Syazwan bin Wan Mohd Hatta
            Aina Sahira binti Ahmad Rosmini

Ting 2: Mohamad Zariff Afiq bin Zuriman
             Raja Nurliyana binti Raja Fariz Ezwa

Ting 3: Syazmie bin Sharizan
             Maizatul Shima binti Mohd Razali

Ting 4: Nazihah binti Ibni Hajar
             Shafira Nor Azlin binti Nor Aidi

Ting 5: Muhammad Najmi bin Zamzam
             Siti Nur Asyiqin binti Rosman

Selepas pelantikan AJK Tertinggi, diteruskan pula dengan perancangan aktiviti tahunan bagi kelab BBK tahun 2013. Antara aktiviti yang dirancang adalah:

1) Aktiviti Mendeklamasi Sajak & Pantun
2) Aktiviti Memasak
3) Aktiviti Lawatan ke Rumah Anak Yatim
4) Aktiviti Explorace

Dan pada akhir perjumpaan, Guru Penasihat Kelab Bimbingan dan Kerjaya, En. Muhammad Effendy memberi kata - kata semangat kepada ahli kelab agar pada tahun ini pergerakan kelab ini lebih bertindak berbanding daripada tahun - tahun yang lepas. Perjumpaan berakhir pada jam 4: 30 petang dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al - `Ashr.






PERJUMPAAN PERTAMA: OPS PENYUCIAN HATI

Tarikh: Bulan Februari 2013
Tempat: Kelas 2 Syukur
Masa: 3 petang - 4: 30 petang


Pada perjumpaan yang pertama, Kelab Bimbingan dan Kaunseling mengadakan satu aktiviti baru yang diberi nama Ops Penyucian Hati. Ia bertujuan adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang peranan kita di bumi Allah ini sebagai khalifah serta peranan kita sebagai pelajar di bumi SAMTTAJ ini.

Aktiviti ini telah dikendalikan oleh pengerusi kelab, Sdr Amirulnajmi di kelas 2 Syukur. Didalam aktiviti ini, kami diminta untuk bersama - sama dengan pasangan masing - masing dan diberi 2 batang biskut. Didalam aktiviti ini, kami diminta untuk menjadikan biskut sepanjang 10 sentimeter itu menjadi 2 sentimeter. Aktiviti ini mengambil masa yang agak lama akibat ahli yang mengambil masa yang panjang untuk merasa biasa.

Pada akhir aktiviti, kami diminta untuk memberi respons ataupun tindak balas daripada program. Pada kesudahan aktiviti yang mengambil masa hampir 2 jam ini dengan respons dari Sdr Amirul Najmi sendiri dengan menceritakan tentang pengorbanan seorang rakan kepada rakannya sehingga ada yang menitiskan air mata. Aktiviti bersurai pada jam 5 petang bagi memberi laluan untuk solat `Asar.


PERJUMPAAN KEDUA: MONEY DROP










Tarikh: Jun 2013
Tempat: Kelas 2 Syukur
Masa: 3:30 petang

Dalam perjumpaan yang ketiga, aktiviti terakhir yang dijalankan adalah permainan Money Drop. Didalam aktiviti ini, ahli kelab akan didedahkan dengan sikap takbur dan tamak akan menyebabkan seseorang itu menimpa kerugian yang besar. Aktiviti ini dijalankan di kelas 2 Syukur.

Pada awal program, sesudah bacaan Al Fatihah, ahli didedahkan dengan video tentang Nabi Musa a.s. dengan Fir'aun. Selepas tayangan video itu, permainan bermula. Kemudian ahli kelab dipecahkan kepada 8 buah kumpulan bermula dengan kumpulan A hingga kumpulan H.

Didalam permainan ini, satu lembaran saham diusulkan oleh sebuah syarikat sendirian berhad. Syarikat tersebut ingin mencari sebuah syarikat yang akan membeli kesemua saham mereka. Permainan yang bergantung kepada nasib ini menjadikan perbalahan antara kesemua kumpulan akibat ketidakjujuran kumpulan lain dalam mengaut keuntungan.

Secara kesimpulannya adalah berdasarkan permainan yang menelan masa yang agak lama bermula 3:30 petang hingga 5:15 petang ini, akibat daripada keuntungan dunia semata - mata, berakhir dengan perbalahan. Seorang ahli menyatakan bahawa manusia sentiasa memikirkan nilai dunia tanpa memikirkan sebarang keuntungan di akhirat kelak nanti. Moga - mogaan kita tidak tergolong dalam kelompok sebegitu rupa.





AKTIVITI 1: LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN SABAK BERNAM

Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim dan Miskin Daerah  Sabak Bernam menjadi lokasi kami.

Gelagat kami dengan anak yatim dalam permainan Ice Breaking.

Pelajar perempuan yang sentiasa berseronok sepanjang bersama kami.

Sdr. Izzat Syamil dengan telatahnya tersendiri yang menggelarkan dirinya `Brother' sepanjang program.

Sesi taaruf dalam kumpulan menjadi adat didalam sesuatu program.

Sesi berkenalan dan projek membina `cheers' bersama fasilitator SAMTTAJ.

Memulakan program dengan sesi perkenalan diri.

Sdr. Syadzwan bersama Sdr Khairul Fawwaz antara salah seorang peneraju program.


Penerimaan sepenuhnya menjadikan mereka bertambah ceria bersama kami.
Nyanyian lagu tema program menghangatkan program.

Sdr. Izzat Syamil menyerikan suasana program ini. 

Suai kenal yang menarik hati mereka.




Pada 20 April 2013 yang lalu, Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin di Sabak Bernam. Seramai 40 orang ahli bersama 2 orang guru pengiring turut bersama dalam menjayakan aktiviti ini. Program ini bertujuan dapat menghayati keadaan insan yang kurang bernasib baik dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Program ini bermula pada jam 8 pagi dan bersurai pada jam 7 malam.

Pada jam 8 pagi, semua peserta berkumpul di Astaka SAMTTAJ bagi menunggu kehadiran bas. Pada jam 8:30 pagi, bas mula bertolak dari Bandaraya Shah Alam ke Sungai Besar, Sabak Bernam. Perjalanan ke sana memakan masa selama satu jam tiga puluh minit. Pada jam 10 pagi, kami tiba di Sungai Besar, Sabak Bernam.

Setibanya kami disana, kami disambut dengan baik oleh Penyelia Pertubuhan itu. Seramai 50 orang penghuni yang dari kalangan pelajar Tahun 3 hingga Tingkatan 5. Kawasan asrama mereka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Pada jam 10:30 pagi,  kami memulakan aktiviti dengan sesi Ice Breaking. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah diantara pelajar SAMTTAJ dengan pelajar anak - anak yatim dan miskin Sabak Bernam. Perjalanan program bermula dengan aktiviti sesi ta`aruf bersama fasilitator dari SAMTTAJ, kemudian sesi permainan taaruf dan sesi dalam kumpulan.

Berpindah pada jam 11 :30 pagi, kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti sukaneka. Antara permainan adalah cari gula - gula dalam tepung, lakon aksi dan lontar belon air. Aktiviti ini bertujuan untuk memainkan peranan masing - masing dalam kerjasama kumpulan. Pada jam 12:00 tgh hari, kami disajikan dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak dewan makan mereka sendiri.

Selepas menunaikan solat zuhur berjemaah, satu kejutan buat tiga orang anak yatim yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April, 2 orang pelajar lelaki dari SAM Tengku Ampuan Jemaah dan seorang pelajar perempuan dari SMK Sungai Besar.

Pada jam 2:30 petang, selepas sesi penyampaian hadiah dan sesi fotografi kenangan bersama, kami bertolak pulang ke SAMTTAJ Shah Alam. Perjalanan pulang memakan masa yang amat lama berikutan sesak lalu lintas. Kami selamat tiba di SAMTTAJ pada jam 7:30 malam. Moga - mogaan aktiviti sebegini rupa dapat diadakan lagi bagi mengeratkan hubungan sesama manusia. Insya Allah. Wallahu a`lam.