BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 21, 2014

PERGINYA SEBUTIR MUTIARA

Assalamualaikum w.b.t. dalam salam muhibbah buat semua pelawat blog Kelab Bimbingan dan Kerjaya SAMTTAJ 2014.

Pada hari Sabtu lepas, 21 Jun 2014 bersamaan 23 Syaaban 1435H, SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam telahpun kehilangan seorang lagi permata yang bersinar. Hati memang sebak dan tidak dapat menutupi perasaan sedih dalam hati.

Wan Nor Azizah binti Wan Alias. Seorang guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa. Mula berkhidmat di SAMT Tengku Ampuan Jemaah pada tahun 2009. Seorang guru yang amat komited terhadap tugasnya sebagai guru UBK yang cemerlang. Bergandingan dengan Encik Muhammad Effendy bin Abdullah selaku guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa. Bukan itu sahaja, beliau juga berkhidmat sebagai guru Warden Asrama SAMTTAJ berganding bahu bersama jemaah guru - guru yang lain seperti Cikgu Abdul Hallid bin Bari, Ustaz Muhammad Rahim bin Markum, Puan Rozana binti Samsuri, Cik Salina binti Mingan dan ramai lagi.

Beliau seorang yang amat tegas terhadap tugasnya. Namun dalam ketegasan itu, beliau seorang yang berwatakan ceria dan mempunyai sifat keibuan yang mumtaz. Namun kesemua itu hanyalah terbatas. Kasih sayang Allah lebih hebat daripada kasih sayang manusia. Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias telahpun meninggal dunia pada jam 4 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Memang tidak dapat menahan rasa sebak dan terkilan apabila berita ini tersebar menerusi laman web sosial Facebook. Saya pasti ramai pelajar dan ALUMNI SAMTTAJ merindui beliau disaat kehilangan guru yang memang hebat ini. Beliau amat komited terhadap tugas sebagai guru UBK sepenuh masa dan menjadi guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kehilangan beliau amat dirasai kami walaupun sudah meninggalkan bumi SAMTTAJ, namun kami masih merindui SAMTTAJ yang memang gemilang dan terus gah di atas bumi.

Kami sentiasa berdoa agar cikgu berada dalam golongan orang - orang yang beriman. Amin.

Suka untuk saya mendeklamasikan sebuah puisi hasil karangan seorang bekas pelajar SAMTTAJ,

Setiba kita di batas masa
Nobat nafiri tiada nada
 Sehelai daun kering berayunan layu
Menanti saat di bawa bayu

Langit mendung hujan pun gerimis
Sayup terdengar sendu dan tangis
Bertitian bisikan kalimah nan suci
Berdoa mudahkan perjalanan terakhir ini

Berat mata memandang
Berat lagi tanggungan bebanan perasaan
Kendati pun sezarah
Dosa pahala pastikan dikira

Bagai terasa keresahan di jiwamu
Bagai terdengar suara meruntum kalbu
Tiada walau sesaga di bawa pergi
Tak berharga puja dan puji

Kala jantungmu bagai laut bergelombang
Lemah cengkaman jejarimu di genggaman
Betap sukar untuk kita menerima 
Tiba detik pasti terpisah
Di batas masa

Al Fatihah buat guru, bonda, ummi Wan Nor Azizah binti Wan Alias. Mog roh beliau dicucuri rahmat. Doa warga SAMTTAJ pasti dan pasti buat bonda yang tercinta.