BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 15, 2014

PENGARUH FILEM KINI TERHADAP KEHIDUPAN SEHARIAN


السلام عليكم ورحمته وبركاته

Anda pasti meminati pelbagai filem bukan??? Tidak kisahlah filem tempatan, Hollywood, Bollywood dan Oriental pasti menyelubungi minda anda. Filem aksi menjadi pujaan para kaum Adam dengan pelbagai stunt yang dilakukan. Namun, genre romantik pula terus mendodoi para peminat golongan Hawa dengan aksinya tersendiri.

Baiklah. Ayuh!!! Kita menyelami dunia seni perfileman tempatan dan antarabangsa!!! Mesti tersingkap pelbagai definisi yang tersembunyi ataupun yang terbuka.





Dunia perfileman tempatan dan antarabangsa saling menunjukkan taringnya yang tersendiri. Dalam industri perfileman tempatan kini, sudah hampir mencecah jutaan filem yang telah diterbitkan dalam genre masing - masing. Namun, semakin hari dunia perfileman tempatan umpama ingin mengikuti jejak langkah perfileman antarabangsa dengan menerbitkan lebih banyak filem yang bergenrekan aksi dan seram.

Walaupun mereka menerbitkan pelbagai filem untuk meraih keuntungan serta menambahkan pendapatan negara, namun perkara yang menambahkan kerungsingan di dalam hati kami adalah pertuturan yang digunakan dalam filem tersebut.

Kadang - kala penggunaan bahasa pasar dan kesat amat berleluasa dalam sesebuah filem terutamanya filem - filem aksi dan sudah menjadi tabiat kepada para belia dan remaja untuk mengikut pentas drama tersebut. Aksi membahaya yang dilakonkan oleh pelakon juga menjadikan remaja amat tertarik dan sering mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Selepas filem aksi, kita meninjau kedalam filem bergenrekan seram. Sesetengah filem seram sering menayangkan situasi yang terlalu melampau sehinggakan menimbulkan pelbagai pelbagai reaksi dalam jiwa penonton. Boleh dikatakan mereka akan menjadi terlalu taksub kepada filem bergenre seram sehingga mereka akan terbawa - bawa dan membawa kisah itu kedalam suasana kehidupan mereka.

Dunia perfileman kini semakin sarat dengan pelbagai muatan yang berlainan kategori. Selepas filem aksi dan seram, ketegori romantik juga menguasai peminat - peminat filem tegar tempatan. Bagi peminat filem kategori romantik ini, sinopsis dalam sesebuah filem romantik itu perlulah mempunyai kisah cinta yang menakjubkan. Tarikan filem cinta ini juga membawa para belia untuk mendekati dunia cinta. Kadang - kala juga, filem cinta juga akan membawa adegan yang tidak patut ditonton atau ditayang khususnya remaja dalam belasan tahun. Dalam situasi sebegini, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting untuk mengawal anak - anak daripada menonton filem sebegini. Bukan melalui siaran televisyen sahaja, malahan internet juga.

Akan tetapi, tidak semuanya filem keluaran tempatan atau antarabangsa tidak elok untuk ditonton. Kebanyakan filem tempatan juga mempunyai pengajaranyang dapat mendidik manusia untuk menerapkan nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

Sebagai misalnya, sebuah filem lakonan Will Smith iaitu 'The Pursuit of Happyness'
memberi kita pengajaran yang bermakna kepada kita. Filem ini berkisarkan pengorbanan seorang bapa (Will Smith) bekerja untuk memastikan kehidupan anaknya, Christopher bahagia. Walaupun hidup merempat, namun dengan usaha dan kegigihannya, dia telah berjaya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat.

 Filem sebegini memberi banyak pengajaran yang tidak terhingga dan mempunyai makna tersirat. Selain itu, filem tempatan juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri, sebagaimana filem Papadom 2 hasil arahan Afdlin Shauki. Filem yang berkisarkan seorang bapa yang betul - betul ingin melihat anaknya berjaya dan bahagia. Walaupun caranya salah, tetapi filem sebegini banyak memberi kesedaran dan pengajaran yang bermakna buat kita.

Akhir sekali, filem memang memberi pelbagai impak yang besar terhadap kehidupan seharian kita. Memang tidak salah sekiranya anda menonton filem - filem tersebut, tetapi jangan biarkan dunia fantasi filem itu mengawal minda anda sehinggakan kehidupan anda hanyalah plastik semata - mata. Kurangkanlah menonton filem yang tidak membawa erti kepada kita dan pastikan anda mengkaji jalan cerita sesebuah filem agar anda tidak dinodai ombak arus perfileman.

Friday, February 14, 2014

GEJALA SOSIAL: CINTA REMAJA



اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

,:قال الله تعالى في الكتاب الكريم

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَى اِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
(سورة الاءسراء)




Remaja dan cinta memang tidak dapat dipisahkan. Ia diumpamakan isi dengan kuku. Percintaan di alam remaja pasti banyak menimbulkan pelbagai keburukan yang buruk. Berpacaran di sekolah pasti mengundang pelbagai risiko bukan sahaja pada nama sekolah malah nama baik keluarga mereka sendiri.

Jika berbalik pada ayat Al Quran Surah Al Israk:

 Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia akan menjadi kamu binasa dan membawa kamu kejalan kehancuran.

Melihat pada ayat Al Quran tersebut, jelas menunjukkan bahawa Islam amat menegah kita untuk melakukan zina terutamanya bukan muhrim. Celaan Allah terhadap penzina amat dahsyat dan menyebabkan akan mendapat azab yang pedih daripada - Nya. 

Isu dibawah topik "Cinta Remaja" ini juga membawa kami kepada satu topik kecil iaitu hubungan homosekual ataupun hubungan seks sejenis. Walaupun ianya nampak seperti suatu isu yang remeh, namun perkara ini dilihat amat berleluasa di kalangan remaja persekolahan.

 Berbalik pada kisah  zaman Nabi Luth a.s. iaitu seorang rasul yang telah diutuskan kepada sebuah kaum di negeri Sadom.
Akibat daripada tidak mengendahkan dakwah baginda serta meneruskan amalan homoseksual mereka, Allah s.w.t telah menurunkan bala dengan menebalikkan bumi dan menghancurkan umat Nabi Luth a.s. Subhana Allah. Begitu dahsyat kuasa-Mu Allah.

Walaupun ianya nampak agak kurang jelas dan kabur di pandangan mata kita, namun ianya semakin hebat di alam persekolahan. Baik lelaki dan perempuan, mereka sama sahaja. Kadang kala mereka menunjukkan aksi hebat mereka dengan sering berjumpa secara senyap - senyap.

JALAN PENYELESAIAN

Perkara sedemikian rupa menjadikan nama baik dan imej sekolah rosak. Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Perkara ini harus diatasi segera dan patut dielakkan demi menjaga nama agama kita sendiri iaitu Islam sebagai agama yang suci. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengawal anak - anak mereka dan lebih menjaga jadual harian mereka. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa untuk menyelami kehidupan anak mereka.

Pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan ikhtilat antara pelajar lelaki dan perempuan. Kadang - kala mereka menjadikan pelbagai alasan contohnya melibatkan akiviti kokurikulum, perbincangan kelas dan sebagainya. Untuk itu, disarankan agar pihak sekolah perlu memastikan agar setiap perjumpaan itu diawasi oleh seorang guru ataupun pengawas. Selain itu juga, rondaan pengawal keselamatan pada waktu malam perlu ditingkatkan dari setiap masa.

Oleh itu, ayuh kita sama - sama membanteras masalah couple dikalangan remaja agar ianya tidak menjadi nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 

Wednesday, February 12, 2014

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Assalamualaikum kepada anda semua.....

Welcome back to the school!!!

Selamat pulang ke sekolah. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Ilahi kerana Allah masih memberikan nikmat kepada kita untuk bersekolah. Bagaimanakah perasaan anda semua?? Seronok??? Sedih?? Setiap tahun, cikgu - cikgu kita akan memberikan kita semangat kepada kita untuk terus menuntut ilmu. Kepada adik -adik yang sudah meningkat dewasa, teruslah berjuang atas nama Allah itu Tuhanmu dan Nabi Muhammad Rasulmu... 

Tirai ini kami ingin menceritakan serba serbi pengenalan kepada anda tentang salah satu pendokong kelab Bimbingan dan Kerjaya SAMTTAJ iaitu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 

Apakah itu PRS??? Apakah peranan mereka???

Baiklah. Pembimbing Rakan Sebaya ataupun singkatannya PRS merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini sebenarnya adalah untuk melatih para belia di peringkat sekolah menguasai kemahiran berkomunikasi dan membantu rakan - rakan mereka yang memerlukan bantuan dari segi emosi, fizikal mahupun rohani sekaligus ianya dapat membantu diri mereka sendiri.

Selain itu, konsep "Pelajar membantu Pelajar" merupakan satu khidmat yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan dalam bentuk perkhidmatan secara teori mahupun praktikal. PRS juga dianggap sebagai role model pelajar untuk dijadikan panduan. 

" Bantu diri untuk bantu orang lain." Slogan Pembimbing Rakan Sebaya menjadi panduan untuk mereka. Disini... dapat dibuktikan dengan jelas bahawa PRS bukan penyelesai masalah ataupun detektif.... tetapi PRS hanyalah mendengar dan cuba membantu masalah pelajar. 

Sebagai PRS, mereka perlu menghayati slogan PRS. Dalam usaha membantu rakan, mereka saling mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, mereka seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi imu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.

PRS juga berdiri diatas satu prinsip iaitu bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal. Dalam konteks ini, tiada unsur pilih kasih dalam PRS. PRS juga perlu lebih bersikap terbuka dengan kehadiran klien tidak kisahlah mereka sendiri tidak menyukainya ataupun berbeza agama sekalipun.

PRS perlu menjadi rakan yang lebih peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. PRS juga diibaratkan sebagai khidmat sokongan kepada guru kaunselor dalam menggerakkan perkhidmatan 
bimbingan dan kaunseling di sekolah.Sebagaimana yang sudah diterangkan, PRS perlu menjadi sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan. Namun demikian, mereka perlu bijak memilih masa dan tempat untuk melakukan khidmat bimbingan. 

Antara etika Pembimbing Rakan Sebaya yang perlu sentiasa diingati dan patuh kepada etika iaitu:

  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
  • Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
Baiklah, sampai disini sahajalah penerangan kami berkenaan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS). Bukan mudah untuk menjadi sebahagian daripada kami. Pelbagai liku dan cabaran yang perlu kami hadapi. Oleh itu, dengan berkat tertubuhnya PRS ini dapat membantu melicinkan pelbagai masalah yang menimpa para pelajar.

Wa Allahu A`lam....




HALA TUJU SELEPAS SPM????

 Alhamdulillah... pada tanggal 6 Disember 2013, tamat sudah pengajian pelajar - pelajar Tingkatan Lima SAMT Tengku Ampuan Jemaah.
Setelah 5 tahun mereka menuntut ilmu di bumi SAMTTAJ ini, akhirnya mereka sudahpun melangkah kealam yang lebih mencabar. Terima kasih untuk cikgu - cikgu yang bersusah payah untuk kami. Jasa cikgu tidak dapat kami lupakan sehingg sekarang.

Tetapi, apakah hala tuju anda semua selepas menduduki SPM??? Adakah bekerja??Bertunang??Menyambung pelajaran?? Ataupun hanya goyang kaki di rumah???

1. BEKERJA 

Bekerja??? Pasti dalam pemikiran anda menginginkan cara hidup mengambil upah ataupun lebih senang katanya dengan bekerja. Disini kami memang tidak boleh menghalang hala tuju anda. Kami cuma mampu doakan yang anda semua memperolehi rezeki yang halal. Insya Allah. Tetapi kami hanya mampu menasihati anda semua untuk lebih berhati - hati memilih pekerjaan. Pastikan ianya halal. Gunakanlah masa yang ada ini dengan melakukan perkara - perkara yang elok sebelum panggilan ke universiti. Kami pasti pada waktu ini anda semua sedang sibuk mengisi borang untuk ke Institusi Pengajian Tinggi. 


Sebahagian Pelajar STAM SAMTTAJ tahun 2014


2. MENYAMBUNG PELAJARAN

Sebahagian pelajar yang lebih berminat untuk menyambung pelajaran selepas SPM. Sebagai contoh, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ataupun ingin menyambung pelajaran ke negara Timur Tengah dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ini juga adalah langkah hala tuju anda selepas tamat pendidikan di sekolah menengah. Mulakan langkah anda dengan sebaik - baiknya. Ia adalah satu langkah yang paling produktif.

3. MENGIKUTI PROGRAM ATAU KURSUS
Mengikuti mana - mana kursus ataupun program juga adalah satu hala tuju yang berkesan buat semua lepasan SPM. Tambah - tambah pula di hujung tahun, banyak program telah dianjurkan oleh konsultan - konsultan kepada kesemua lepasan SPM. Kursus - kursus yang bermanfaat contohnya kursus pembentukan akhlak, kursus kemahiran atau sebagainya. Kursus - kursus sebegini rupa dapat membantu lepasan SPM untuk menunjukkan kemahiran mereka ataupun kerjaya mereka.



Ini merupakan hala tuju yang sesuai buat warga pelajar yang sudah menduduki SPM ataupun STAM. Tetapi elakkan daripada anda melakukan tabiat ini selepas tamat persekolahan:


Jangan jadikan 3 bulan 'honeymoon' anda dengan hobi tidur, makan dan menonton televisyen. Walaupun anda lebih menyukai untuk menganggur di rumah, apa salahnya jika anda hidupkan rehat anda dengan aktiviti - aktiviti yang berfaedah. Contohnya:

1). Membantu ibu dalam kerja rumah.
2). Melewati mana - mana rumah Allah dengan solat hajat ataupun beribadah.
3). Menyambung kerja - kerja para Sahabat dengan menyampaikan dakwah.
4). Beriadhah di taman mahupun dimana - mana tempat rekreasi.
5). Membantu orang kampung dalam aktiviti harian mereka.

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian kami. Maafkan kami sekiranya kami menggunakan perkataan yang kasar. Kepada semua pelajar lepasan SPM dan STAM SAMT Tengku Ampuan Jemaah tahun 2013, kami mendoakan anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan kejayaan anda dalam peperiksaan yang telah anda lalui. 

AZAM DI AMBANG TAHUN BARU....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

كل عام وانتم بخير

Salam tahun baru..... "Hello 2014... sayonara 2013"

Pada tahun baru ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog Kelab Bimbingan dan Kerjaya SAMTTAJ. Kita buka halaman baru dan tutup segala halaman lama. Sudah tiba masanya kita mula menggapai azam baru pada tahun baru ini.

AZAM TAHUN BARU

Pada awal tahun, kita digalakkan untuk mula menanam azam baru. Apakah azam baru kawan - kawan???
Adakah azam pada tahun baru ini anda seperti berikut:

"Aku nak mula exercise.... nak turunkan berat badan!!!"
" Tahun ni aku SPM!!!! Struggle lebih - lebih siket!!!"
" Tahun ni.... aku nak start simpan duit... nak kumpul buat duit hantaran."
" Mula tahun baru ni... aku nak kurangkan tengok TV.... HAHAHA!!!"

Baiklah kawan - kawan sekalian.
 Orang selalu kata, azam ini membantu kita menguatkan keyakinan kita terhadap sesuatu perkara. Pelbagai aspek.... contohnya dari segi penampilan, pendidikan, hiburan dan sebagainya. Di sini, kami ingin menasihati kepada anda semua.... memang tidak salah untuk kita mulakan tahun baru anda dengan azam - azam seperti yang sudah diterterakan sebentar tadi. Tetapi, untuk kita menanam azam kita, kita perlu dahulukan apa yang perlu didahulukan. Misalnya, untuk pelajar - pelajar yang akan mengambil Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) pada tahun ini, pendidikan perlu diafdhalkan terlebih dahulu. Bukan apa, kita sering tidak mahu mengulangi sejarah yang silam. Baik berfikir... sebelum anda bertindak. 

Tidak susah untuk kita mencapai azam kita,
Pasti anda semua teringatkan kisah pada zaman di persekolahan rendah terutamanya pada darjah enam dimana kita akan mengambil UPSR. Hahaha.... cikgu akan menyuruh kita menampal azam kita di bucu meja.
Kadang - kala kita tidak menjangka bahawa tips sebegitu rupa tidak akan berkesan namun tips sebegini sering acap kali digunakan oleh mana - mana pelajar cemerlang di Malaysia. Sebagai contoh, Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM pada suatu waktu dahulu. 

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian kami. Moga ukhwah antara kita akan terus terjalin. Insya Allah.