Assalamualaikum kepada anda semua.....
Welcome back to the school!!!
Selamat pulang ke sekolah. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Ilahi kerana Allah masih memberikan nikmat kepada kita untuk bersekolah. Bagaimanakah perasaan anda semua?? Seronok??? Sedih?? Setiap tahun, cikgu - cikgu kita akan memberikan kita semangat kepada kita untuk terus menuntut ilmu. Kepada adik -adik yang sudah meningkat dewasa, teruslah berjuang atas nama Allah itu Tuhanmu dan Nabi Muhammad Rasulmu...
Tirai ini kami ingin menceritakan serba serbi pengenalan kepada anda tentang salah satu pendokong kelab Bimbingan dan Kerjaya SAMTTAJ iaitu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Apakah itu PRS??? Apakah peranan mereka???
Baiklah. Pembimbing Rakan Sebaya ataupun singkatannya PRS merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini sebenarnya adalah untuk melatih para belia di peringkat sekolah menguasai kemahiran berkomunikasi dan membantu rakan - rakan mereka yang memerlukan bantuan dari segi emosi, fizikal mahupun rohani sekaligus ianya dapat membantu diri mereka sendiri.
Selain itu, konsep "Pelajar membantu Pelajar" merupakan satu khidmat yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan dalam bentuk perkhidmatan secara teori mahupun praktikal. PRS juga dianggap sebagai role model pelajar untuk dijadikan panduan.
" Bantu diri untuk bantu orang lain." Slogan Pembimbing Rakan Sebaya menjadi panduan untuk mereka. Disini... dapat dibuktikan dengan jelas bahawa PRS bukan penyelesai masalah ataupun detektif.... tetapi PRS hanyalah mendengar dan cuba membantu masalah pelajar.
Sebagai PRS, mereka perlu menghayati slogan PRS. Dalam usaha membantu rakan, mereka saling mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, mereka seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi imu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.
PRS juga berdiri diatas satu prinsip iaitu bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal. Dalam konteks ini, tiada unsur pilih kasih dalam PRS. PRS juga perlu lebih bersikap terbuka dengan kehadiran klien tidak kisahlah mereka sendiri tidak menyukainya ataupun berbeza agama sekalipun.
PRS perlu menjadi rakan yang lebih peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. PRS juga diibaratkan sebagai khidmat sokongan kepada guru kaunselor dalam menggerakkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.Sebagaimana yang sudah diterangkan, PRS perlu menjadi sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan. Namun demikian, mereka perlu bijak memilih masa dan tempat untuk melakukan khidmat bimbingan.
Antara etika Pembimbing Rakan Sebaya yang perlu sentiasa diingati dan patuh kepada etika iaitu:
- Amanah dan menyimpan rahsia.
- Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
- Memahami batasan dan keupayaan diri.
- Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
- Melapor kepada guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
- Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
- Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
Baiklah, sampai disini sahajalah penerangan kami berkenaan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS). Bukan mudah untuk menjadi sebahagian daripada kami. Pelbagai liku dan cabaran yang perlu kami hadapi. Oleh itu, dengan berkat tertubuhnya PRS ini dapat membantu melicinkan pelbagai masalah yang menimpa para pelajar.
Wa Allahu A`lam....
0 comments:
Post a Comment