BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 14, 2014

GEJALA SOSIAL: CINTA REMAJA



اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

,:قال الله تعالى في الكتاب الكريم

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَى اِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
(سورة الاءسراء)




Remaja dan cinta memang tidak dapat dipisahkan. Ia diumpamakan isi dengan kuku. Percintaan di alam remaja pasti banyak menimbulkan pelbagai keburukan yang buruk. Berpacaran di sekolah pasti mengundang pelbagai risiko bukan sahaja pada nama sekolah malah nama baik keluarga mereka sendiri.

Jika berbalik pada ayat Al Quran Surah Al Israk:

 Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia akan menjadi kamu binasa dan membawa kamu kejalan kehancuran.

Melihat pada ayat Al Quran tersebut, jelas menunjukkan bahawa Islam amat menegah kita untuk melakukan zina terutamanya bukan muhrim. Celaan Allah terhadap penzina amat dahsyat dan menyebabkan akan mendapat azab yang pedih daripada - Nya. 

Isu dibawah topik "Cinta Remaja" ini juga membawa kami kepada satu topik kecil iaitu hubungan homosekual ataupun hubungan seks sejenis. Walaupun ianya nampak seperti suatu isu yang remeh, namun perkara ini dilihat amat berleluasa di kalangan remaja persekolahan.

 Berbalik pada kisah  zaman Nabi Luth a.s. iaitu seorang rasul yang telah diutuskan kepada sebuah kaum di negeri Sadom.
Akibat daripada tidak mengendahkan dakwah baginda serta meneruskan amalan homoseksual mereka, Allah s.w.t telah menurunkan bala dengan menebalikkan bumi dan menghancurkan umat Nabi Luth a.s. Subhana Allah. Begitu dahsyat kuasa-Mu Allah.

Walaupun ianya nampak agak kurang jelas dan kabur di pandangan mata kita, namun ianya semakin hebat di alam persekolahan. Baik lelaki dan perempuan, mereka sama sahaja. Kadang kala mereka menunjukkan aksi hebat mereka dengan sering berjumpa secara senyap - senyap.

JALAN PENYELESAIAN

Perkara sedemikian rupa menjadikan nama baik dan imej sekolah rosak. Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Perkara ini harus diatasi segera dan patut dielakkan demi menjaga nama agama kita sendiri iaitu Islam sebagai agama yang suci. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengawal anak - anak mereka dan lebih menjaga jadual harian mereka. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa untuk menyelami kehidupan anak mereka.

Pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan ikhtilat antara pelajar lelaki dan perempuan. Kadang - kala mereka menjadikan pelbagai alasan contohnya melibatkan akiviti kokurikulum, perbincangan kelas dan sebagainya. Untuk itu, disarankan agar pihak sekolah perlu memastikan agar setiap perjumpaan itu diawasi oleh seorang guru ataupun pengawas. Selain itu juga, rondaan pengawal keselamatan pada waktu malam perlu ditingkatkan dari setiap masa.

Oleh itu, ayuh kita sama - sama membanteras masalah couple dikalangan remaja agar ianya tidak menjadi nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 

0 comments: