BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 8, 2015

FARHANITRATE AND PRERAJULISATION

Assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua pembaca sekalian.

Terima kasih buat semua sahabat yang masih terus menyokong blog kami. Alhamdulillah, kami berasa amat besar hati melihat komentar - komenta diruangan "Apa Kata Anda" serta jumlah pageview yang sungguh besar. Semoga berkat doa sahabat - sahabat sekalian akan terus membakarkan semangat kami untuk meneruskan rentak penulisan blog ini.


FARHANITRATE AND PRERAJULISATION???

Sememangnya bagi mereka yang mengemari filem - filem Hindustan, anda pasti tahu atau sudah dapat meneka filem ini.

Filem yang telah dikeluarkan pada tahun 2009 ini berjaya mendapat keuntungan yang sangat besar di seluruh dunia apabila mengaut keuntungan sebanyak 25 juta USD ini berjaya memkat hati para penonton apabila filem ber'genre'kan komedi ini menceritakan kisah nilai persahabatan yang amat bermakna.

Sedikit sebanyak sinopsis filem 3 Idiots:


Lakonan: Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan dan Sharman Joshi

 "Farhan Qureshi menceritakan pengalaman persahabatan dengan teman sebiliknya iaitu Raju Rastogi serta Ranchoddas Shamaldas Chanchad ataupun lebih dikenali sebagai Rancho. Farhan yang lebih mengemari seni fotografi hidupan liar yang terpaksa mengikuti kata - kata ayahnya, Raju yang inginkan pekerjaan yang baik untuk menyara kehidupan keluarganya yang miskin dan Rancho yang sangat meminati kejuruteraan dan memiliki sikap yang sangat unik. Selain daripada mereka bertiga, terdapat beberapa watak lain yang menyempurnakan lagi filem ini iaitu watak Pengarah ICE, iaitu Dr. Viru Sahastrabuddhe, pelajar yang terlalu inginkan kejayaan, iaitu Chatur Ramalingam yang lebih dikenali sebagai "Silencer" dan seorang gadis idaman Rancho iaitu Pia, anak kepada Virus"


Sebenarnya terdapat banyak ilmu, pengajaran, nilai murni serta iktibar dapat dipelajari serta diamalkan melalui filem ini. Dari erti persaudaraan yang murni sehinggalah mereka berjaya. Dari Z terus ke A. Dari gagal sehinggalah mendapat kejayaan. 

Inilah maksud sahabat sebenarnya. Sahabat yang akan menangis tatkala kita menangis. Sahabat yang akan ketawa tatkala kita ketawa. Sahabat yang akan terus menyokong kita untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Tertarik dengan kata - kata "Guru Ranchoddas"; haha

"When your hobby becomes your profession, the passion becomes your profession"
Jadikan apa yang kita minat itu sebagai profesion, nescaya semangat akan turut mengekori profesion kita. Kehidupan di dunia persekolahan mahupun di IPT memang sangat mencabar apabila wujudnya saingan di antara sahabat - sahabat kita yang berlumba - lumba untuk menggapai kejayaan. Dan diri kita pasti dihantui dengan perkara - perkara ini yang mungkin membuatkan ilmu yang diperoleh adalah hanya untuk lulus atau inginkan pekerjaan yang bagus. Ilmu yang diperoleh hanya dijadikan makanan untuk lulus bukan untuk diamalkan. Tanamkanlah rasa minat dan keazaman untuk belajar kerana belajar itu sememangnya seronok.


Teruskan berusaha.... Bersahabat kerana Allah, belajar kerana Allah dan bekerja kerana Allah. Kehidupan kita pasti diberkati jikalau kita berniat kerana Allah.


ALL IS WELL!!!!!!



0 comments: