BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 16, 2013

SELANGKAH MENUJU KEARAH KEJAYAAN...


BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG

Salam kepada warga pelawat blog kami. Hari ini, kami ingin membincangkan tentang cita - cita. Seseorang pasti akan berangan - angan ketika di bangku sekolah lagi. Ingat lagi waktu kecil,

" Saya nak jadi Cikgu!!!"
"Saya nak jadi Doktor!!!"
"Saya nak jadi...ermmm... Askar!!!"

Itulah angan - angan kita sejak kita di waktu bangku sekolah rendah. Macam - macam pekerjaan yang terukir di bibir kita. Almaklumlah, tidak faham apa - apa lagi.

Cita - cita adalah keinginan yang selalu ada dalam fikiran seseorang pada masa akan datang. Didalam konteks ini, setiap manusia memerlukan satu cita - cita bagi membakar semangat mereka untuk berjaya pada masa akan datang.


Bagi mencapai cita - cita,  mereka perlu memahami skop pekerjaan yang mereka pilih. Seseorang yang ingin menjadi seorang doktor perlu memahami dengan lebih lanjut lagi tentang dunia perubatan dengan lebih mendalam lagi.



Seorang askar perlu mahir dalam pembinaan strategi dan mempunyai kekuatan fizikal.
Bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dan skil, pemain bola perlu lebih bijak mengawal emosi ketika berada
dalam padang.

Oleh itu, kejarlah cita - cita anda dengan sebaiknya. Bukanlah kita perlu hanya fokus dalam sesuatu skop demi mencapai cita - cita tetapi perlu mempunyai tiga perkara ini, usaha, doa dan tawakal.

0 comments: